Ayahanda Mohamed Hazari Bin Hashim

Slide2
Ayahanda Mohamed Hazari Bin Hashim Lahir di Kuala Klawang Negeri Sembilan pada 7 hb September 1954, Beliau adalah bekas anak murid Datuk Panglima Abdul Mulok pada tahun 1970 yang masih setia hingga ke hari ini.

Beliau mula belajar Seni Silat Lintau Asli di gelanggang Seni Silat Lintau yang dibuka Wak Dasuki di atas tanah tapak rumahnya di Jalan Batu 6 ½ Lorong Madarasah Gombak Setia. Jurulatihnya ketika itu Tuan Hashim yang berkerja sebagai penyelia gudang di Gombak.

Di zaman Datuk Panglima Abdul Mulok, Ayahanda Mohamed Hazari bin Hashim sering ke Batu Gajah dengan keretapi dan meminjam basikal ahli seni silat Lintau di pekan Batu Gajah untuk ke gelanggang silat Lintau Changkat Larang.

Akhirnya Ayahanda Muhamed Hazari Hashim telah membuka gelanggang seni silat Lintau di Sungai Kantan Kajang Selangor yang masih aktif sehingga ke hari ini.

Dengan pekenan Great Grand Master Tok Guru Muhammad Hidayutullah Sahperi Ayahanda Muhamed Hazari Hashim telah di lantik sebagai Grand Master Seni Beladiri Wannura Kampus sebagai menghargai ilmu, pengalaman, khidmat dan kesetiaannya kepada Seni Silat Lintau Asli.

About Sifuli

Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan. Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
This entry was posted in Pelbagai. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen